Mengimbau Tanda-tanda Kecil Hari Kiamat

Untuk pagi ini sebelum Champion League nk start skjp lagi nie, aq dh bc entry nie. Memang Terbaik, tapi masik belum Yang Terbaik...(Baca Seterusnya)

Lesson 1: "Shortcut keys" Study

Life is busy, maybe these shortcuts can make your work easier and you can save a lot of time completing your works or assignments. There are two diagrams below explaining for each key. Please enlarge for your reading. The most important is you can make it yours. So keep it.

Lesson 1



Lesson 2

Journal Kembara Pedas Raya 2009

Tepat jam 10.00 pagi, hari Khamis bertarikh 24 September 2009 merupakan detik kemeriahan sambutan hari raya. Seperti biasa sepatutnya, rumah aku menjadi destinasi utama, namun begitu, tahun ini jadual terpaksa diubah ekoran permintaan beberapa pihak yang ingin menyambut raya di sempada daerah yang berasingan.

Aku juga terpaksa meminda jadual saat akhir di mana jadual pertama aku bergerak ke selatan Rembau. Kehadiran aku hanyalah untuk melengkapkan jadual raya di rumah sahabat perempuan. Syukur dapat jugal raya mah korang.


(Me,AhBeng,Mansion)/(Aini,Azliah,Solehah)

Selepas solat zohor, aku terpaksa pulang ke senawang untuk mengambil seorang lagi rakan yang kate nyer ingin join sama. Kami berdua bergerak dari Seremban ke daerah Jempol untuk konvoi ghaye ke sane. Walaupun aku x sempat join rakan-rakan pada pagi nyer, Namun, aku sempat beraya sampai 7 buah rumah. Jelebu merupakan destinasi seterusnya sebelum kembali ke Seremban semula ikut jalan Bukit Tangga.

Perjalanan raya yang sungguh happeninglah org kate..Gua x taw...huuuu. Raya tahun ini memamg bermanfaat sehinggalah ke Jam 2.00pagi baru pulang ke rumah sendiri. Semoga trip Raye ni dapat diadakan lagi pada masa akan datang.

Buat korang aku ucap, "Pedas memang hotlah"..Bravo geng..


(x dapat den nak senaraikan sume eh do--sowey geng)


(dah dokek jgn lupo calling den)

The best picture taken...Geng Tabligh


Geng berarak nak sambut raye ker kenduri kawen den..huaaa



Selamat hari raye geng..Pedas Always







Masakan Sempena Hari Raya

Kegawatan ekonomi yang melanda negara kita sejak akhir ini, sedikit sebanyak mempengaruhi majlis-majlis Rumah Terbuka. Kalau tahun lepas rumah terbuka macam menyambut hari perkahwinan dengan pelbagai juadah disediakan. Tetapi disebabkan masalah ekonomi ini, banyak majlis rumah terbuka yang mengurangkan sedikit jumlah makanan. Namun begitu Paparazi nak ucap kat kengkawan Paparazi yang ajak dtg "open House".

Tak ape, Next Year ader lagi..Ajak jugak taw.

Hurm kepada kengkawan yang x dapat jemputan tu..Ape lagi mcm biase, kite singgah lah mane2 foodcourt ker, Giant, Jusco, Hero, Tesco, Carefour n mcm2 lagi ader... Beli yang dlm tripod..pastu makan ler per lagi...huuu Contoh nyer mcm kat bawah nie...Sodap & Hot lagi tu..mengancam tol....huuu









Hari Raya dah TIBA...!!!!!!

Salam wat kengkawang yang mengenali diri ini. Paparazi nak ade ucapan yang nak beri..Ikhlas daripada Paparazi... Bacalah yer:

Jemput datang rumah yer....Haaa....


Lawak: Pak Pandir dengan kereta Wajanya

Al-kisah pada suatu hari, Pak Pandir keluar ke bandar bersama Mak Andeh untuk membeli sebuah kereta. Anaknya tidak dibawa kerana bimbang penjual kereta tidak mahu menjualkan kereta kepadanya kerana dia sudah mempunyai anak.

"Isteriku Andeh, rasa-rasa orang tu mahu tak jual kereta pada kita?" kata Pak Pandir.

"Kenapa abang tanya macam tu?" balas Mak Andeh.

"Yelah, manalah tahu, dia ingat saya tak mampu nak bayar sebab saya kena bagi awak dan anak kita makan...takut tak cukup duit..." jawab Pak Pandir.

Maka mereka pun tiba di tempat penjualan kereta...

"Saya mahu beli yang ini" kata Pak Pandir sambil menuding jari ke arah kereta Proton Waja berwarna silver.

Setelah membayar wang pendahuluan, Pak Pandir memandu kereta itu pulang. Dalam hati Pak Pandir sudah berkira-kira untuk menunjuk- nunjuk kereta itu di hadapan Pak Kadok. Tapi, tak sampai satu jam, Pak Pandir datang semula ke kedai kereta tadi dengan muka merah
padam.

"Apa ni Encik, jual kereta dah rosak!" si penjual kereta berasa sangat hairan.

"Cuba Encik tengok lampu tepi ni, asal saya nak belok, tak pernah elok, asyik berkelip-kelip je!"



p/s: jadilah orang yang berilmu dan berakal..
soalan teka-teki hari ini: (jawab jika tahu...)

Dalam banyak-banyak serangga, serangga ape yang kecil daripada semut, pagi-pagi berpeluh.

Saudagar di Bazar Ramadhan

Kredit diucapkan kepada sahabat ana yang berjaya memperkenalkan cendol di Jualan Bazaar Ramdhan di UIA PJ. Mereka cuba memperkenalkan 9 jenis cendol yang dijual kepada pelanggan. Rasalah yer cendol orang nogori ni.

Kenapalah x der orang yer nak datang?



Memang bergaya lah brader nie kan...


Hai cik adik nie nak ngorat ker nak membeli cendol member ana tu..haaa


So kalau korang nak rasa cendol N9 nie meh la pakat ramai2 gi UIA..haaa..Semoga berjaya diucapkan kepada member ana .
Semoga perniagaan anda bertambah maju dan dimurahkan rezeki..yeah...

Lawak: ANAK YANG TAAT



Dalam satu kelas darjah satu,seorang ustaz bertanya kepada pelajarnya..

"Kamu hendak ke mana?... syurga atau neraka?..siapa yang hendak ke
syurga..angkat tangan... !!"

Maka semua pelajarnya pun mengangkat tangan kecuali seorang murid.

Kemudian ustaz itu pun bertanya lagi,siapa hendak ke neraka?"... ..

Semua pelajar tidak mengangkat tangan termasuk seorang murid tadi... dengan
kehairanan ustaz itu bertanya..bila saya tanya nak masuk syurga..awak tak
angkat tangan..bila saya tanya nak ke neraka pun awak tak angkat
tangan... .habis awak nak ke mana??".

Jawab murid itu.."saya tidak mahu pergi ke mana ustaz..bapa saya suruh
saya datang sini belajar,dia pesan..jangan pergi kemana-mana,tunggu sampai
dia jemput"...

Kisah Babi: Trip Melancong Bersama Babi

Babi betul la babi nie

Ada seekor Babi yang bernama Lincorn telah merancang untuk membuat trip ke satu destinasi di selatan Tanah Melayu. Mungkin ingin melawat sekitar ibu kota Kuala Lumpur. Lincorn merupakan sindeket ketua virus H1N1 telah mendapat royalti daripada penyebaran virus influenza A H1N1.

Sumber akhbar The Khainzir Press telah merekod bahawa Lincorn mempunyai dana berbilion ringgit hasil daripada virus ini. Akhbar itu juga menyebut Lincorn akan mendapat satu bilion ringgit bagi nyawa yang terbunuh hasil H1N1. Mengikut rekod hari ini seramai 72 orang telah tewas akibat virus H1N1 di Malaysia sahaja.

Oleh yang sedemikian, Lincorn telah berjaya membeli sebuah lori dan mendapatkan lesen pengangkutan daripada Kerajaan TM. Lincorn telah mengupah seorang pemandu yang masih lagi tidak dikenali identitinya untuk membawa lebih kurang 100 sahabat Lincorn untuk ke satu destinasi.

Dalam perjalanan ke selatan, dengan kuasa yang Maha Esa, telah menumbangkan lori tersebut dan Lincorn dipercayai terbunuh kerana dihimpit oleh lori terbabit. Dalam kemalangan tersebut, orang ramai tidak mahu berhenti membantu kerana rakyat Malaysia tidak pernah menanam sifat membantu spesis Babi ini.
oleh kerana tiada pihak yang ingin menghulurkan bantuan, agensi Peronda LebuhRaya (PELEBUR) telah dipanggil untuk membersihkan tempat kejadian. Khinzair Press menyatakan beberapa kawan Lincorn berjaya melarikan diri melalui susur longkang yang dapat dirakam dengan kamera amatuer oleh seorang penunggang motosikal.

Info anda: Hindarilah babi dari tempat anda. "Babi musuh yang nyata".

Slogan Malaysia zaman kini.
  • One Malaysians/Satu Malaysia
  • H1N1
  • Satu Saham Satu Amanah

Journal Perjalanan SBE!!! (dihatiku)


Hari ini adalah hari sebelum Paparazi meninggalkan kampung halaman untuk kembali berjuang.Haaa. Sebelum Paparazi meninggalkan kampung halaman, Paparazi ingin habiskan journal SBE Paparazi nie.

Kalau nak diikutkan cerita pelan Paparazi yang sebenar, Paparazi nak buat 4 Sem SBE ni kat sekolah yang ada nama "Tasik" jer taw. tapi matlamat tu tak kesampaian...nthen Paparazi juz dapat buat kat dua Sekolah yang ada nama Tasik jer..kire 50% tercapai la kot..

Bagi bab pengalaman pulak, fuhhh memang banyak dari yg dapat kepujian hinggalah kene beratur kat kantin n then kene maki ngan cikgu otai skolah tu.. haaa sume penagalaman Pahit & Manis nie kadang2 la yang wat Paparazi jadi lebih matang kot... Kadang yang wt kene maki ngan cikgu tu sebab kawan Paparazi yang sumenyer Macha belaka lah tu..haa bengang jer..

So kat bawah ni adelah senarai Pesta SBE yang dapat sambutan dari 4 buah sekolah beserta dengan gambarnyer:


"Timbalah pengalaman sebaik mungkin, jangan wat pasal sudah. nak ponteng boleh, memandailah anda jawab nanti..haaa"-pesanan abang JJJ.







  1. Sekolah Kebangsaan Taman Tasik Jaya, 70450 Senawang, N.S.D.K.
  2. Sekolah Kebangsaan Seri Tasik, 56000 Cheras, Kuala Lumpur.
  3. Sekolah Kebangsaan Panchor, 70400 Seremban, N.S.D.K.
  4. Sekolah Kebangsaan King George V, 70400 Seremban, N.S.D.K.


p/s: kepada sume muslimin selamat berpose yer....jgn ponteng.. Paparazi nak ucap jua Selamat Hari Nuzul jugak yer...wasalam...

Adegan Nenek dan Cucu.


Kisah in terjadi pada malam semalam. Udin hendak menghantar neneknya yang sakit ke klinik dengan menaiki motor.

Udin: Mari la naik nek, pegang kuat-kuat yea..nanti jatuh!

Nenek: Iya lah, nenek pegang kuat-kuat la nie...

Udin: Jangan lupa pegang kuat-kuat yea nek!!! (kata Udin lagi mengingatkan)

Nenek: Iya, nenek dah pegang kuat-kuat la nie, takut sangat.

Udin: Ok, kalau begitu kita berangkat ya, nek.

Udin lalu 'merempit' motornya, lalu terdengar benda jatuh BUUAAAAKKKK!!!!!
Udin terperanjat, lalu menoleh ke belakang, dan ternampak si nenek terjatuh dari motornya.

Udin: Lah kenapa boleh jatuh gak nie, nek?!! Nenek tak pegang kuat-kuat agaknye?

Nenek: Nenek dah pegang kuat-kuat dah tadi!!!!

Udin: Nenek pegang kat mana?

Nenek: pagar rumah.

Cita-cita Abu tapi Seman lagi hebat

Seorang guru tadika sedang memupuk rasa percaya diri kepada pelajarnya-pelajarnya. Guru tersebut meminta mereka untuk memperkenalkan diri sekaligus memberitahu tentang cita-cita mereka.

Abu berdiri dan berkata, “Nama saya Abu bin Dolah. Bila besar nanti saya ingin jadi juruterbang, jadi bolehlah saya pergi ke Australia, Eropah, Iraq dan sebagainya”.

“Bagus Abu. Terima kasih. Siapa lagi?”, tanya cikgu.

Seorang pelajar perempuan yang duduk di tepi berdiri dan berkata, “Nama saya Noni binti Samad. Kalau besar nanti, Noni nak jadi suri rumah tangga dan mempunyai anak-anak yang comel. Kalau boleh nak 8 orang anak boleh wat game futsal.”.
“Bagus. Jadi suri rumah tangga merupakan cita-cita yang mulia. Siapa lagi?”.

Seman berdiri dan berkata, “Saya Seman bin Leman, bila besar nanti saya bercita-cita untuk membantu Noni mencapai cita-citanya…”.

Jadual Menentukan Anak Lelaki atau Perempuan

Hari ini Paparazi nak cerita pasal Anak Lelaki atau Anak Perempuan. Bagi korang yang belum kahwin mesti pelik. Tapi yang sudah berkahwin rase nyer benda ni terbukti.

Paparazi ada dapat satu artikel dan telah melakukan kajian mengenai mende nie. Jadual kat bawah ni menunjukkan jadual kelahiran anak lelaki atau perempuan.

Kat sini Paparazi nak terangkan macam mana jadual ni berfungsi. Kalo korang nampak jadual nie ader dua elemen subjek iaitu Umur Isteri Anda (Row-Melintang) & Bulan Mula Mengandung (Column-Menegak). "korg largekan lah sendiri..Layan Diri"




Contohnye...Isteri Paparazi skang berumur 18 Tahun dan mula mengandung Bulan Disember. Insya-Allah, Paparazi dapat anak Lelaki (yang comel gtue2)...haaa

Korang bely try la jadual nie..Klo rase ianya benar, benarlah. Klo anda rase jadual ini silap, maka jangan salahkan sesiapa kerana ini hanya kajian manusia. Kita merancang, Allah s.w.t yang menentukan segalanya.. TQ sume.....

Tempahan Set Audio dan Photography

Pada 31 Julai - 2 Ogos telah dijalankan Karnival HUFFAZ Selangor 2009 anjuran Persatuan Institut Tahfiz al-Quran Negeri Sembilan dengan jayanya.

Gambaran di bawah ni adalah antara set-set yang kami gunakan pada hari tersebut. Untuk makluman anda, kami sedia menerima segala bentuk tempahan sama ada tempahan Set P.A system, Photography dan Audio Manager nyer skali untuk ape- aper aktiviti.

Boleh terus berhubung dengan saya, Jai ~ (013-370 1050)

Set Walkie Talkie

Hig Quality Speakers

Amp & Audio Manager

Complete Amplifier



Bagi budak PODEH, korg mesti kenal sape dlm gambar tu kan...haaa...so bley la contact org tu jgk..haa..Sampai di sini sahaja makluman yang ingin disampaikan..Segala pertanyaan boleh diajukan ke email dan talian saya...

Sekian Harap Maklum..

Guru perlukan pengorbanan atau murid ketinggalan.

Menjadi guru bukan perkara yang mudah. Erti kerjaya seorang guru bukanlah sekadar mendidik malah lebih kepada dorongan dan motivasi kendiri yang perlu dialihkan kepada murid di sekelilingnya. Apa jua kerjaya perlukan pengorbanan yang maksimum untuk beroleh kejayaan kelak.

Intisari titik tolak kerjaya seorang guru bermula apabila muridnya gagal memahami konsep asas pelajaran. Oleh itu, guru perlulah melakukan satu anjakan paradigma supaya muridnya tidak lagi ketinggalan. Adakah sebabnya datang dari pengajaran guru atau mungkin minat murid itu sendiri yang agak kurang dengan subjek tertentu atau kemungkinan besar ibu bapa mereka.

Gambar di bawah ini mungkin menggambarkan halangan yang perlu ditempuhi oleh bakal guru kelak. Apakah tindakan anda sekiranya perkara yang sama berlaku dalam kerjaya anda nanti?

Persoalannya adalah adakah anda ingin menjadi insan yang bergelar guru? Renung-renungkan sejenak.







10 Soalan daripada UNIVERSITI GONG BADAK

haaa..Hari ni Paparazi nk test korg nyer idea mcm mane...jawab lah soklan ni yer..haa..korg letak la jawapannyer kt mane2 yg korg nk...haaa.


1. Kenapa Tarzan tidak mempunyai jambang?

2. Kenapa juruterbang Kamikaze memakai topi keledar?

3. Kita tahu kelajuan cahaya, apakah kelajuan kegelapan?

4. Kenapa ada istilah ‘tidur seperti bayi’ sedangkan bayi akan terjaga setiap 2 jam?

5. Kenapa pembakar roti di’rumah kita mempunyai setting untuk suhu yang tinggi sehingga mampu menghanguskan roti?

6. Kenapa lampu peti ais hanya ada dalam ruang sejuk, bukan ruang sejuk beku?

7. Kenapa irama lagu A,B,C,D,E,F,G… dan Twinkle, Twinkle Little Star sama?

8. Kenapa kita sering menekan butang lif lebih dari sekali?

9. Kenapa kita tekan butang remote lebih kuat walaupun kita tahu bateri hampir habis?

10. Kenapa anda mula berfikir untuk 9 soalan di’atas yang tidak sesekali membawa apa-apa
perubahan?

1000 Ideas of Games and Activities Can be Applied in Teaching

Hello my friend, today i would like to share with you about some activities or games that we can applied in our teaching forthcoming since this semester, we are going to learn
about lesson plan. The main point is how teacher can create condusive classroom? (read below)

There are three attractive activities and briefly describe as below:

  1. Action Race: This is a fun game using actions. Use actions like jump, hop, clap, run etc. Have the Ss split into two teams and sit in lines with a chair by each team and one chair at the other end of the room. One S from each team stands next to their chair and T calls an action, e.g. "Jump". Ss must jump to the chair on the other side of the room and back, sitting down in their chair Ss say "I can jump". First one to do it gets their team a point. (Submitted by Gareth Thomas).
  2. Bet you can't: This game can be played in millions and millions of different ways, and essentially it's just this: go to the toy store and buy toy money. Give each student the same amount of money at the start. Have the students bet each other that they can't do something - like this: make each S stand up and walk around. Have them say, "I bet you can't (e.g. count to 20, run around the room 5 times, sing the ABC song. etc.)". Get the Ss to bet using the toy money. You'd be surprised how much even adult students enjoy this game.
  3. Color Game: This is a good one for teaching the names of colors to young children. Arrange various colors of construction paper in a circle. Play some music and have the children march around the circle. Stop the music and all the children must sit down next to a color. Pick a color and sing (to the tune of "Twinkle Twinkle Little Star"): "Who's beside the color (insert name of color)? Please stand up, if it's you." At that point, the child next to the color mentioned stands up. Continue until all of the children get a turn. (submitted by Josie Weisner).


You also can read more on;

Iklan MU belajar Bahasa Indonesia (Kempen Asia Tour)

Walaupun kehadiran Manchester United untuk beraksi bersama pasukan pilihan Indonesia tidak kesampaian, namun begitu iklan (VIDEO-MUST SEE) ini mencerminkan bahawa Indonesia menjalankan kempen besar0besaran untuk mengajak MU datang ke tanah mereka untuk beraksi di hadapan jutaan peminat yang mengharapkan kehadiran pasukan ELIT dunia ini..,

Paparazi selitkan video ini sebagai selingan mengenai Kempen Bola Sepak (ROAD TOUR 2009)..


Maths Challenge

Invitation (Paparazi)

Do you like maths? Are you expert in maths? This is time to test your understanding of concepts and mathematical skills...You can enter this (below) competition..don't miss this great event..i will going for that..haaaaa

any information about 4th National Mathematics Competition as shown below:


jom ikut paparazi..mehh... ader dua kategori...boleh pilih....klo rase x power amek ler yg Fast Math Category..haa

ANJURAN: Universiti Tun Abdul Razak..












Ibuku seorang pembohong ???

dah lame agak nyer paparazi x post something...
hurm ari ni paparazi nk bg cite satu kisah...ini kisah yg menyayat hati, sedih n nk menitiskan air mate jugak paparazi bc ....(ni cerita dea)

Memang sukar untuk orang lain percaya,tapi itulah yang berlaku. Ibu saya memang seorang pembohong!! Sepanjang ingatan saya sekurang-kurangnya 8 kali ibu membohongi saya. Saya perlu catatkan segala pembohongan itu untuk dijadikan renungan anda sekalian.

Cerita ini bermula ketika saya masih kecil. Saya lahir sebagai seorang anak lelaki dalam sebuah keluarga miskin. Makan minum serba kekurangan. Kami sering kelaparan. Adakalanya, selama beberapa hari kami terpaksa makan berlaukkan ikan masin dikongsi satu keluarga.

Sebagai anak yang masih kecil, saya sering saja merungut. Saya menangis mahukan nasi dan lauk yang banyak. Tapi ibu cepat memujuk. Ketika makan, ibu sering membahagikan bahagian nasinya untuk saya. Sambil memindahkan nasi ke mangkuk saya, ibu berkata : ""Makanlah nak ibu tak lapar." – PEMBOHONGAN IBU YANG PERTAMA.

baca seterusnya di...

Berita HANGAT: Kedatangan 2 SuperPower ke Tanah Melayu.

Hari ini memulakan hari pertama paparazi memulakan cerita watak sebagai detektif@wartawan. Apa yang menarik di sini, paparazi nak bagi panaskan isu menenai watak-watak super power yang datang ke Malaysia. Malaysia ni memang lah boleh dikatakan menarik untuk dikunjungi. Tetapi yang memeranjatkan paparazi ialah kedatangan SUPERPOWER. Nak tahu kisahnya. Baca lagi yea..

Dulu SuperMan, lepas tu SpiderMan (org yang panjat KLCC & menara0menara tertinggi dekat dunia nie), Lepas tu Malaysia ader watak SUPERHERO nyer tersendiri iaitu CICAKMAN.
Kalau nk didengarkan kat radio hot.fm tu mcm2 entry pasal CICAKMAN. Salah satu iklannya berbunyi "...tak ada gunenye......jadilah cicakman, cicakman tak boleh lompat..." ha paparazi x pandai la buat suara tue..haaa

KISAH SUPERPOWER PERTAMA MELAWAT MALAYSIA

Paparazi dulu ader dengar jugak, kisah-kisah superpower nie dulu time kecik2. suke sangat tengok movie dea time kecik2 dulu siap bermimpi nk jadi superpower mcm tu ler..haa..tapi baru-baru nie paparazi dapat berita yang superpower ni dah dihalau oleh beberapa negara. Tetapi kenapa Malaysia menjadi destinasinyer. Menarik sangatk ker Malaysia nie. Gambar yang pertama akan menunjukkan kisah bagaimana seorang superpower sebenar yang datang Malaysia sebab nak cari kerja (sumber BORNAMO) gara-gara kegawatan ekonomi dekat negara origin dea la..Dengar cerita kedatangan superpower nie adalah permintaan PEJABAT rapidKL SDN. BHD. Bidang tugas superpower nie adalah menjadi penyelamat kepada semua penumpang LRT kerana dulu paparazi dengar beberapa keluhan penumpang LRT yang takut apabila tengaok beberapa LRT tersangkut lah sampai nk jatuh. Sehinggakan paparazi pon pernah mengalaminye ketika naik LRT menuju ke JOMHEBOH kat Bukit Jalil last year. Tapi paparazi bengang betul dengan kerja yang dilakukan oleh superpower nie..Orang dah bagi kerja, tapi tak jalankan. APA nie? tak mahu komen banyak2 anda lihat lah sendiri dan komen sendiri? tapi bagi saya mungkin SUPERPOWER ni letih kot..yer la 24 JAM bertugas untuk semua LRT...haaaa



KISAH SUPERPOWER KEDUA MELAWAT MALAYSIA (yang terhangat)

Apa yang paparazi nak hangatkan kat sini..adalah bagaimana superpower nie boleh datang ke Malaysia. Nak katekan kene urusan kerja. Siapa yang ajak? nak katakan Malaysia popular dan dea datang nak melawat. Kenapa cepat sangat melancong kat Malaysia..

Menurut sahabat paparazi kat negara Jiran ("sawadikap"). Ada menyebut yang superpower nie bukanlah datang ke Malaysia. Tetapi diertikan sebagai pelarian. Lari ke Malaysia selepas dibuang oleh rakyat negara nyer yang sendiri. Nama penuhnyer adalah THAKSIN SHINAWAT, superpower terhebat alaf baru kerana apa:
  1. Mula melarikan diri dari Thailand kerana pergolakan politik.
  2. Dapat membeli status pengurusan bola sepak EPL (Manchester City) dengan hasil kekayaan setelah bergelar Perdana Menteri Thailand.
  3. Kemudian telah dihalau oleh pihak negara England kerana urusan dalaman politik dan menjual kembali hak sebagai pengurus MC.
  4. Dapat menghilangkan diri secara senyap dengan melarikan diri ke Dubai, Hong Kong dan terbaru ialah Negara Jerman. Perkara yang sama diambil oleh pihak negara terbabit dengan menghalau superpower ini dari negara masing-masing.
  5. Akhirnya datang ke Malaysia dan sempat menginap di Hotel Shangri-La, Kuala Lumpur sebelum meneruskan perjalan secara senyap ke FIJI.
Apakah yang pihak pentadbiran Malaysia mengambil tindakan memberkas si superpower ini dari tinggal di Malaysia. Bagaimanakah kedatangan Thaksin ini tidak diberkas seawal-awalnya setelah memijakkan kaki ke Lapangan Terbang. Apakah situasi yang menarik dalam lawatan nye secara sembunyi ke Malaysia? dan yang menarik apakah Thaksin mempunyai transport sendiri sehingga boleh melompat dari satu negara ke satu negara lain..Sampai di sini sahaja yang dapat Paparazi bagi tahu.. Yang lain terpaksa dirahsiakan. (Untuk Maklumat lanjut tentang Thaksin, tengoklah sahabat wartawan saya tu kate ape?